Blog aku pun pada awalnya berat dalam 200 lebih.Padahal aku punya blog bukan main simple lagi. Bila check ada something wrong dengan pages gadget dan juga blog link. Bila aku remove. Secara drastik dia kurang menjadi 76.13 kb dengan masa load 0.16 saat. Bila masukkan balik pages, dia jadi ringan balik jugak. Pelik tu, tapi asalkan blog ringan sudah. Tambah link blog aku yang beratus-ratus tu dia jadi berat balik. apa-apa pun tips untuk blog anda ya kalau berat.
UNTUK BLOG:
1. Timbang dulu blog tu. Kalau lebih daripada 200kb tu baiklah korang buang mana tak patut. Memang dah berat tahap obesity tu.
2.Terlalu banyak gadget yang akan buat blog berat, seperti javascript, atau flash. Buang ajelah widget jam, kalendar dan apa sahaja yang tak perlu tu. Alahai jam kan boleh tengok dekat lappy aje. Semak aje kan. Jquery,marquee dan photo slider jugak akan effect berat blog tu. Ini widget yang mengandugi javascript. Jam dan visitor counter pulak ialah flash. Nak timbang blog klik sini iWebTools.
3.Tengok layout tu. Kadang-kadang ada layout yang sememangnya berat.Agaknya banyak bahan-bahan dia tambah dalam html code itu code. Jadi baik-baik pilih layout.
4. Tak usah tayang entry banyak-banyak sangat. Cukuplah kalau 2 atau tiga aje. Jadi nanti blog akan lebih ringan dan kurang masa load dia. Bukankah ada sistem older post, nanti pandai-pandailah reader click cari entry-entry lain. Ataupun sistem labels dan blog archive.
5.Gambar bersaiz besar jugak akan effect berat blog. Contohnya format JPG, PNG dan GIF mempunyai saiz yang besar. Gambar yang berformat GIF memang saiz dia besar. Sebab dia kan animation. So kurang-kurangkan letak widget yang bergerak-gerak tu walaupun widget tu sangat comei.
6.Lagi satu yang effect berat blog ialah video atau music yang dipasang auto. Contohnya video dari youtube tu korang biar dia main sendiri ataupun yang pemain muzik mixpod player tu. Memang komfem lah blog akan jadi berat.
7.Jangan letak banyak-banyak link orang lain. Komfem jadi berat. Letak link fav korang je. Yang lain-lain tu cukuplah untuk korang di dashboard. Kalau diaorang nak link diaorang ada baru tayangkan kalau tak mahu tak usah. Hal ni memang betul sebab itu yang jadi pada blog aku.
8.Sikap sayang sangat nak buang widget tak penting tu. Sikap ni lah yang akan buat korang lupa yang blog yang terlalu berat akan buatkan korang kehilangan 1/3 pembaca. Jadi buang sikap ni ya. Jangan biar blog load tidak load dalam masa 5 hingga 8, kalau tak memang pembaca akan menyampah nak tunggu lama semata-mata nak baca blog.
9.Degil jugak tak nak buang widget tak penting tu, okeylah aku bagi jalan penyelesaiannya. Guna jQuery Lazy Load. Walaupun blog berat dia akan cepat load. sistem ini dia akan lambatkan proses load picture dulu. Macam yang blog aku pakailah. {tak pakai dah coz blog dah ringan} Nak guna lazy load? check sini dekat maribinablog . Atau sini aje.
Cara-cara pasang jazy load ini. Klik design -> add a gadget -> html/javascript -> copy code bawah ni-> save.
10. Rajin-rajinlah semak berat blog agar korang lebih waspada berat blog tu. Jangan obesity sudah okey. Cuba-cubalah tanya orang yang selalu bukak blog korang adakah blog korang tu lambat load. Utamakan pembaca bukan diri sendiri aje. Okey.
Sekian aje.
♥ ♥ KITA SAMA-SAMA KONGSI © AMIRA ATIYA ♥ ♥
No comments:
Post a Comment